Peraduan Teka dan Menang

Raya 2021 Teka dan Menang

Tempoh Penyertaan : 1 April – 31 Mei 2021

Untuk menyertai Peraduan ini, para peserta dikehendaki membuat pembelian apa jua produk makanan dan minuman NESTLÉ ® PROFESSIONAL [“Produk”] seperti berikut:

  • Dari Mamak/Kedai kopi – apa jua produk MILO ® ** / NESCAFE ® ** /Mi MAGGI ®
  • Dari Restoran Perkhidmatan Penuh (FSR), Restoran Perkhidmatan Segera (QSR), Hotel, Kafe & Kedai Kek – hidangan kombo* dengan minuman NESTLÉ®  PROFESSIONAL atau apa jua minuman NESTLÉ® PROFESSIONAL

*Set makanan yang telah ditetapkan seperti yang ditawarkan oleh kedai yang relevan bersempena dengan Peraduan. 

**Termasuk minuman Ready-To-Drink MILO/NESCAFE Original sepanjang tempoh Peraduan.

Cara-cara Penyertaan
Langkah 1: Untuk mengakses laman Mikro Peraduan, peserta diminta menggunakan telefon pintar untuk mengimbas Kod QR yang boleh didapat di bahan promosi Peraduan yang dipamerkan di gerai yang mengambil bahagian. Peserta boleh meminta bantuan dari pengendali gerai untuk mengakses Kod QR.

Langkah 2: Lengkapkan butir-butir yang diperlukan dalam laman Mikro.

Langkah 3: Tangkap dan muatnaik satu [1] gambar yang jelas dan dapat dibacai dalam format gambar dari Resit atau Kupon asal seperti arahan dalam laman Mikro.

Langkah 4: Setelah berjaya menghantar semua butiran yang diperlukan dan gambar yang jelas dari Bukti Pembelian Resit, peserta akan mengambil bahagian dalam permainan mudah alih di laman Mikro yang sama.

Langkah 5: Klik “MULA” untuk memulakan permainan. Satu tetingkap timbul dengan gambar HIDANGAN TERPILIH akan dipaparkan. 

Langkah 6: Setelah mengetahui HIDANGAN TERPILIH yang patut dipadankan, teka dan cari posisi pasangan sepadan HIDANGAN TERPILIH dari grid tudung saji yand dipaparkan dalam masa yang ditentukan.

Langkah 7: Untuk peserta yang berjaya mencari pasangan HIDANGAN TERPILIH yang sepadan, pengesahan penyertaan akan dibuat terdahulu. SMS akan dihantar untuk memaklumkan samada anda berjaya/ tidak  memenangi hadiah dan layak ke Peringkat Cabuatan Bertuah.

Dengan mengambil bahagian, saya bersetuju dengan Terma dan Syarat BM | ENG  dan Notis Privasi.